PENGENALAN
Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif
Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di
pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC),
Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.
Inisiatif MySTEP ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang
berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam
usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi
pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.
Secara keseluruhannya, pada tahun 2021 MySTEP telah berjaya mencatatkan jumlah penyertaan sebanyak 64,921 yang mana telah melebihi jumlah sasaran asal sebanyak 50,000 penempatan pekerjaan. Bagi tahun 2022 pula, MySTEP mensasarkan sebanyak 80,000 peluang penempatan pekerjaan.
Melihat kepada kejayaan program ini pada tahun-tahun sebelumnya, inisiatif MySTEP diteruskan seperti yang telah diumumkan dalam RUU Perbelanjaan Sementara 2023. Pada tahun ini, MySTEP diteruskan dengan menawarkan 50,000 peluang penempatan pekerjaan yang meliputi 15,000 penempatan di Sektor Awam dan 35,000 penempatan di GLC / GLIC dan Rakan Strategik.
Kerajaan berharap menerusi kesinambungan kepada inisiatif ini akan terus memberi manfaat khususnya kepada rakyat Malaysia dalam penempatan pekerjaan yang seterusnya akan mencapai hasrat Kerajaan untuk berada pada kadar guna tenaga penuh dan mengurangkan kadar pengangguran negara.